PETALING JAYA: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) telah memuktamadkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini.
Timbalan Presiden Muda, Amira Aisya Abd. Aziz berkata, pakatan pilihan raya itu dimuktamadkan petang tadi berlandaskan tiga pakej yang dipersetujui secara bersama.
Katanya, yang pertama ialah Muda sebagai pakatan pilihan raya dengan PH sebulat suara menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.
“Kedua, dipersetujui untuk memenangi PRU-15, kita akan pastikan tidak ada pertembungan langsung antara Muda dan PH di mana-mana kerusi yang ditandingi.
“Pakej yang ketiga adalah ada fleksibiliti untuk menggunakan logo Muda dalam PRU-15,” katanya dalam sedia akhbar pengumuman calon Muda pada PRU-15, di sini, malam ini.
Yang hadir sama Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman – UTUSAN