Mengapa sudah turap, korek semula?

Mengapa sudah turap, korek semula?

KUALITI jalan raya yang tidak memuaskan seolah-olah tiada penghujungnya antara lain dikatakan berpunca tiada SOP strategik ketika menurapnya. - IHSAN IKATAN SILATURRAHIM BROTHERHOOD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Baru sahaja diturap, tidak sampai beberapa hari jalan raya yang sempurna itu kembali dikorek. Kononnya hendak membuat laluan kabel. Kualiti turapan semula itu pula menyedihkan.”

Demikian luahan sebahagian pengguna jalan raya mengenai ‘modus operandi’ turapan jalan ketika ini yang dilihat sangat ‘menyedihkan’.

Ini dapat dilihat di kawasan bandar dan penempatan apabila sesuatu jalan raya itu sudah diturap dengan cantik, tidak sampai beberapa hari atau minggu, akan ada kontraktor menjalankan kerja-kerja mengorek, atas alasan membina laluan kabel bawah tanah.

Pengguna jalan raya mempersoal mengapa kerja-kerja mengorek itu tidak dilakukan awal iaitu sebelum turapan jalan dilakukan kemudiannya.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengasas Ikatan Silaturrahim Brotherhood, Azlan Sani Zawawi atau Lando berkata, masalah penurapan jalan raya seakan-akan tiada penghujungnya kerana tiada prosedur operasi standard (SOP) strategik ketika menurapnya.

Katanya, kualiti jalan raya negara semakin kritikal disebabkan masalah utiliti, kabel dan air bawah tanah yang menjadi punca utama dalam isu pemulihan jalan raya.

Malah tambahnya, kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof mengenai 60 peratus laluan jalan raya Persekutuan sudah rosak atau luput membuktikan masalah itu berpanjangan dan berterusan.

“Lazimnya bila mendapat aduan daripada rakyat berkenaan dengan jalan rosak atau berlubang, kontraktor hanya melakukan penurapan jalan raya ala kadar.

“Oleh itu, masalah seperti pembetung dan paip pecah serta terdapat bocoran air pada kabel yang terdapat di bawah tanah tetap berlanjutan dan masih tidak ada jalan penyelesaian untuk jangka panjang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, pakar keselamatan jalan raya, Prof. Madya Dr. Munzilah Md. Rohani berkata, kemungkinan terdapat jabatan-jabatan yang berbeza kurang berinteraksi dengan jabatan berlainan menyebabkan projek kabel di bawah tanah tidak dapat dirancang dengan baik.

Katanya, pengguna jalan raya berhak menyaman pihak berkuasa tempatan (PBT) jika berlaku kemalangan yang menimpa mereka disebabkan jalan raya yang rosak dan tidak dibaiki.

“Sepatutnya ada sistem yang yang lebih baik diakses oleh semua pihak, supaya tidak akan mengganggu proses pembinaan jalan raya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya