Masih tak dapat kunci - Utusan Malaysia

Masih tak dapat kunci

HASSAN Abdul Karim bersama pembeli Pangsapuri Taman Sri Molek Perdana berkumpul sebelum menyerahkan memorandum kepada wakil SPNB di Menara Tabung Haji, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) didesak menyegerakan penyerahan kunci rumah kepada ratusan pembeli Taman Sri Molek Perdana, Pasir Gudang yang terkesan ekoran kes itu berlarutan lebih 12 tahun.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim kesal dengan tindakan SPNB yang masih belum menyelesaikan isu itu walaupun banyak kali dibangkitkan terma­suk dalam sidang Parlimen.

“Sampai sekarang tak selesai. Saya sudah bercakap dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican) minta mereka campur tangan.

“Penduduk dijanjikan siap tahun lalu, tapi tak siap lagi dan kalau tak keluar sijil, macam mana mereka nak tinggal di sini,” dakwanya ketika ditemui di sini.

Pihaknya menyerahkan memorandum kepada syarikat kerajaan itu untuk ambil tindakan segera.

Julai lalu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, Pangsapuri Taman Sri Molek Perdana, Plentong di sini yang terbengkalai lebih 10 tahun akan diserahkan kepada pembeli secara berperingkat-peringkat mulai bulan depan.

Katanya, buat permulaan seramai 432 pembeli melibatkan fasa dua dijangka menerima kunci kediaman bulan depan.

Wakil Pengarah SPNB negeri memberi jaminan isu itu akan di­selesaikan hujung tahun ini.

“Kita akan lantik kontraktor baharu dan bagi mereka yang mempunyai sebarang isu mengenai perkara itu, boleh membuat aduan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya