Lee Min Ho tersentuh hati sambutan peminat - Utusan Malaysia

Lee Min Ho tersentuh hati sambutan peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Saya rindu padamu”

Kata-kata tersebut diungkapkan pelakon Korea Selatan digiliai ramai, Lee Min Ho yang membuat kemunculan khas pada Konsert Ulang Tahun Cuckoo Appreci8th yang berlangsung meriah di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.

Kali terakhir mengunjungi Malaysia sekitar enam tahun lalu, pelakon yang popular menerusi drama Boys Over Flower itu teruja kerana dapat kembali dan bertemu peminatnya di Malaysia.

“Masa berlalu terlalu cepat. Kali terakhir ke sini adalah enam tahun lalu. Saya gembira kerana berpeluang kembali ke Malaysia.

“Terima kasih kepada mereka menyambut kehadiran saya di lapangan terbang. Orang Malaysia baik hati, penyayang dan sangat moden,” katanya.

Kemunculan Min Ho dalam konsert tersebut sekali gus mengubat rindu peminat yang sekian lama menunggu kehadirannya ke negara ini.

Dalam masa yang sama, pelakon berusia 35 tahun itu sempat berkongsi kepada peminat tentang perkembangan terbarunya.

“Saya kini sedang menjalani penggambaran drama terbaru Ask The Stars dan akan muncul menemui penonton menerusi drama Pachinko musim kedua,” kongsinya.

Konsert Ulang Tahun Cuckoo Appreci8th turut dihangatkan dengan persembahan bertenaga penghibur tempatan seperti Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Jamal Abdillah, Misha Omar, Dolla, Jaclyn Victor, Tomok, Naqiu, Aina Abdul, Dina Nadzir dan ramai lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya