PETALING JAYA: Jaminan penguatkuasaan akta larangan ahli Parlimen bertukar parti sebelum pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dapat menstabilkan politik Malaysia dan penubuhan kerajaan lebih kukuh. Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Mohd. Izani Mohd. Zain berkata, penguatkuasaan undang-undang itu dapat menghalang pemimpin politik lompat parti dan mengkhianati pengundi untuk kepentingan diri. Menurut beliau, langkah itu juga perkembangan sihat untuk sistem demokrasi negara bagi membolehkan penubuhan kerajaan…










