KTMB lancar pelan antirasuah

KTMB lancar pelan antirasuah

Razali Mohamad (kiri) menyerahkan Buku Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) KTMB 2022-2026 kepada Mohd. Rani Hisham Samsudin di Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) KTMB 2022-2026 sebagai komitmen memerangi rasuah seiring dengan kehendak Pelan Antirasuah Organisasi Nasional (NACP).

Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Kementerian Pengangkutan, Datuk Razali Mohamad berkata, inisiatif seumpama itu dianjurkan bagi memastikan warga KTMB sentiasa telus dan integriti dalam setiap tugasan yang mereka lakukan.

“Tujuan kita anjurkan inisiatif seperti ini adalah bagi memastikan warga KTMB dan pemegang taruh membudayakan ketelusan, akauntabiliti dan integriti dalam setiap tugasan serta aktiviti yang dilakukan, agar sahsiah diri yang baik dapat dibentuk untuk menyumbang kepada kemajuan negara,” katanya pada majlis pelancaran pelan tersebut di sini hari ini.

Pelan yang dilancarkan itu juga merupakan satu dokumen yang dihasilkan dengan menggariskan tindakan menyeluruh dan bersepadu selain ia juga adalah satu pelan yang seiring dengan kehendak NACP yang menggariskan keperluan pembangunan antirasuah dalam organisasi di semua sektor awam.

“Visi Pelan Antirasuah KTMB bagi tahun 2022-2026 adalah untuk melahirkan warga KTMB yang berintegriti serta persekitaran bebas rasuah manakala misinya pula adalah kita ingin memperkasakan Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah KTMB melalui pematuhan terhadap undang-undang, polisi dan peraturan yang dikuatkuasa.

“Dalam masa yang sama, KTMB juga telah melaksanakan beberapa inisiatif yang telah dikenal pasti perlu diambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan lima (5), bidang keutamaan yang merangkumi bidang Perolehan, Kewangan, Operasi, Tadbir Urus, Pentadbiran dan Modal Insan,” ujar KTMB dalam satu kenyataan.

Pelancaran buku itu turut disaksikan oleh Dato’ Norazmi Karim, Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Norazmi Karim; Pengerusi KTMB, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd. Rani Hisham Samsudin.

Buku Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) KTMB 2022-2026 itu kemudiannya diserahkan Razali kepada Mohd. Rani. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya