Konsert Nasyid Legenda bakal jelajah seluruh negara - Utusan Malaysia

Konsert Nasyid Legenda bakal jelajah seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Inteam Records terpanggil untuk meneruskan Konsert Nasyid Legenda ke seluruh negara selepas kejayaan penganjurannya di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini, malam tadi.

Anggota kumpulan itu, Muhammad Hazamin Harun, berkata pihaknya mengalu-alukan pihak yang berminat menaja, seterusnya membawa konsert tersebut ke setiap negeri.

“Ada perancangan untuk membawa konsert ini menjelajah ke semua negeri memandangkan ramai mencadangkan perkara itu.

“Insya-Allah, kami cuba rancang untuk membawanya ke Pantai Timur, Selatan, Sabah dan Sarawak.

“Justeru, kami mengalu-alukan mana-mana pihak berminat menjadi penaja untuk membawa konsert ini ke seluruh negara,” katanya.

Konsert Nasyid Legenda dimeriahkan dengan kehadiran 900 penonton dan mencipta kenangan menerusi persembahan penggiat nasyid legenda termasuk Nazrey Johani, kumpulan Rabbani, Hijjaz dan Akhil Hayy.

Turut menyerikan kumpulan Inteam, Shahir dan ramai lagi.

Dalam pada itu Hazimin juga meluahkan perasaan gembira dengan sambutan luar biasa yang diberikan untuk konsert tersebut. Katanya, perkara itu membuktikan peminat muzik nasyid masih ramai.

“Jualan tiket habis, bahkan kami terpaksa menambah sejumlah kecil kerusi untuk memenuhi permintaan peminat.

“Ada juga yang datang membeli tiket secara walk in pada saat akhir. Sokongan diberikan terhadap konsert ini memberikan kami semangat untuk terus menyemarakkan irama nasyid,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya