KJ aset parti, tidak perlu bimbang kerusi PRU15

[ANALISIS] KJ aset parti, tidak perlu bimbang kerusi PRU15

KHAIRY Jamaluddin menyerahkan kerusi Parlimen Rembau yang disandangnya selama tiga penggal untuk ditandingi Mohamad Hasan pada PRU15.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHAIRY Jamaluddin secara terbuka menyerahkan kerusi Parlimen Rembau yang disandangnya selama tiga penggal untuk ditandingi kali ini oleh Datuk Seri Mohamad Hasan.

Isu mengenai bakal calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen itu dianggap selesai dan berlangsung dengan penuh suasana kekeluargaan dan mesra semasa Persidangan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau yang diadakan kelmarin.

“Insya-Allah, Tok Mat akan menang besar dan terus menjaga Rembau dengan cemerlang,” menurut Khairy menerusi akaun Instagram miliknya.

KHAIRY JAMALUDDIN

Khairy sekali lagi menunjukkan sikap budiman dan kesetiaannya kepada UMNO malah ia adalah pengorbanan cukup besar buatnya kepada parti itu.

Pengorbanan tersebut lebih besar berbanding bagaimana beliau memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO namun tidak dilantik sebagai menteri serta semasa dirinya kalah sebagai Presiden UMNO dan dipandang ‘semacam’ oleh ahli-ahli parti.

Namun, Menteri Kesihatan itu tidak perlu bimbang. Mohamad sudah memberi jaminan bahawa BN akan mencari kerusi Parlimen sesuai buat Khairy sebagai calon.

Beliau pasti kekal berkhidmat sebagai seorang ahli Parlimen sekali gus ada dalam kepemimpinan kerajaan sekiranya BN memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kelak.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyebut akan melantik semula Khairy sebagai Menteri Kesihatan sekiranya beliau kekal sebagai Perdana Menteri.

MOHAMAD HASAN

Itu sahaja sudah cukup jelas menunjukkan bahawa pemimpin berusia 46 tahun itu merupakan ‘aset besar’ dan BN tidak boleh kehilangannya.

Di satu sudut, ia adalah satu penegasan kepada bahagian-bahagian UMNO bahawa mereka perlu bersedia menerima apa juga keputusan kepemimpinan parti berhubung isu ini nanti.

Walaupun di peringkat bahagian sudah tentu mempunyai calon mereka sendirikali ini ia adalah ‘kes istimewa’, Khairy merupakan jagoan yang mampu bawa kemenangan bagi BN di mana sahaja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN