Kerajaan negeri perlu jelaskan kecurian nadir bumi

Kerajaan negeri perlu jelaskan beberapa perkara berkaitan kecurian REE

SHAIFUL HAZIZY ZAINOL ABIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri dituntut untuk membuat penjelasan terhadap beberapa perkara berhubung kecurian unsur nadir bumi (REE) di negeri ini, yang dilakukan sindiket sejak dua tahun lalu.

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, pertamanya kerajaan negeri perlu menjelaskan sama ada kecurian tersebut dilakukan oleh syarikat pemegang lesen untuk mengkaji REE, yang diberikan mereka pada dua tahun lalu.

Keduanya, kata beliau, penjelasan juga perlu diberi sama ada kerajaan negeri terlibat atau mempunyai milikan saham dalam syarikat yang beroperasi tersebut bagi meneroka nadir bumi berkenaan.

“Penjelasan itu perlu diberi kerana menurut penduduk, mereka mendapati papan tanda di pintu masuk ke tapak operasi tersebut terpampang logo Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah.

“Itu menunjukkan seolah-olah syarikat milik kerajaan negeri (GLC) tersebut seolah-olah terlibat sama dengan syarikat yang melakukan jenayah kecurian REE berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Utusan Malaysia melaporkan, negara mungkin sudah kerugian mencecah angka berbilion ringgit apabila hasil REE di Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik dicuri pihak tertentu sejak dua tahun lalu.

Mineral tidak beradioaktif yang ditemukan di kawasan itu adalah sumber semula jadi bernilai tinggi. Ia boleh digunakan bagi pembuatan komponen peranti seperti telefon pintar, komputer

riba dan barangan digital lain serta kereta elektrik, industri bateri, magnet berintensiti tinggi dan pembuatan kaca.

Tambah Shaiful Hazizy, kerajaan negeri dalam masa sama perlu menutup tapak tersebut dan menghentikan operasi syarikat berkenaan serta-merta.

“Mulakan siasatan rapi dan terperinci terhadap operasi jenayah tersebut. Jenayah itu merupakan satu bentuk pengkhianatan kepada rakyat serta negara dan disebabkan itu, tindakan tegas perlu diambil kepada syarikat mahu pun individu terlibat,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN