Keahlian Zuraida dan 12 Ahli Majlis Tertinggi PBM digantung

Keahlian Zuraida dan 12 Ahli Majlis Tertinggi PBM digantung

ZURAIDA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemelut Parti Bangsa Malaysia (PBM) berterusan apabila Datuk Larry Sng Wei Shien yang mendakwa masih Presiden parti itu yang sah menggantung keahlian Datuk Zuraida Kamaruddin dan 12 Ahli Majlis Tertinggi PBM.

Larry dalam satu hantaran di laman Facebooknya berkata, penggantungan itu berdasarkan Perlembagaan PBM Fasal 60 (iii) yang dilakukan kerana pembabitannya berterusan mereka yang didapati menggugat kepentingan parti dan kepimpinannya.

“Saya menolak dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan politik sedemikian yang telah menjejaskan kepercayaan kepimpinan saya dan telah menimbulkan banyak kekeliruan kepada ahli parti dan orang awam keseluruhannya.

“Oleh itu jawatan mereka akan digantung sehingga jawatankuasa tatatertib ditubuhkan untuk meneliti perkara itu selepas pilihan raya,” kata Larry dalam hantaran berkenaan.

12 individu itu ialah Haniza Mohamad Taha, Dr. Daroyah Alwi, Rahimah Majid, Dr. Sathiskumar Govindaraju, Muhammad Saiful Bahari Sahari, Na’im Brundage, Abdul Aziz Abdul Kadir, Zakaria Abdul Rahim, Muniraa Abu Bakar, Datuk Chua Lian Chye, Datuk Roger Tan Seng Huat dan Albakri Salim.

Menurut Larry, surat penggantungan kepada Zuraida dan 12 Ahli Majlis Tertinggi PBM itu telah dihantar kepada mereka secara individu.

Sementara itu, Larry berkata mesyuarat Majlis Tertinggi PBM akan diadakan hari ini (30 Oktober) di Sarikei, Sarawak memandangkan perkara itu adalah mustahak untuk membincangkan dan menyelesaikan isu tersebut dengan segera.

“Saya akan melaksanakan peruntukan Fasal 21 (ii) perlembagaan parti untuk membolehkan mesyuarat diadakan kurang daripada notis tujuh hari seperti yang diperuntukkan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, mereka yang digantung tidak akan dijemput menghadiri mesyuarat berkenaan.

Usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan maklum balas Zuraida berhubung pergantungan tersebut bagaimanapun gagal kerana panggilan tidak dijawab. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya