PENYANYI bersuara emas ini memang lantang bersuara. Di sebalik raut wajah tenang dan suara yang lunak, Datuk Aishah mempunyai pandangan tersendiri apabila ditanya tentang trend pengasas produk bersilih ganti menghasilkan single. Bukan mahu menidakkan bakat atau menutup pintu rezeki, namun dia ada nasihat yang seharusnya dijadikan panduan. Bukan sekadar masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Konsepnya, asal tular. Sementelah, menganjak ke tangga usia 40 tahun dalam industri seni, penyanyi Janji…










