Isu lelaki ngaku nasab nabi: Tiada laporan diterima - Idris

Isu lelaki ngaku nasab nabi: Tiada laporan diterima – Idris

IDRIS Ahmad melancarkan portal penerbitan baharu JAWHAR pada Perhimpunan Agensi dan Majlis Apresiasi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak menerima laporan atau aduan mengenai individu lelaki mengaku cicit nabi yang didakwa terbabit penipuan wang dan nasab.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, setakat ini tiada aduan rasmi mengenai dakwaan itu dan jika ada, siasatan lanjut dilakukan.

“Jika kita dapat satu benda kita akan terus lapor kepada jabatan agama islam negeri dan mereka yang berkuasa untuk mengambil tindakan. Kadangkala ada wartawan cakap Jakim tidak ambil tindakan tetapi sebenarnya Jakim tiada bidang kuasa  untuk ambil tindakan kerana ia tertakluk kepada negeri masing-masing,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Agensi dan Majlis Apresiasi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), di sini hari ini.

Sebelum ini, netizen dikejutkan dengan dakwaan kononnya seorang lelaki dari Maghribi yang hadir ke negara ini baru-baru ini terbabit penipuan wang dan nasab di negara asalnya.

Lelaki itu sebelum ini berada di Malaysia dan sempat mengikuti beberapa siri jelajah di beberapa negeri sebelum pulang ke Maghribi beberapa hari lalu. Individu itu bagaimanapun turut dihalang  mengikuti siri jelajah di beberapa negeri termasuk Kedah, Terengganu, Melaka dan Kelantan disebabkan beberapa isu.

Pada masa sama, Idris menasihatkan umat Islam di negara ini supaya tidak bersusah payah untuk mencari dan menjejaki salasilah Rasulullah.

“Islam ini ringan dan mudah. Benda pelik-pelik sangat buat apa. Jadi kadangkala menyusahkan orang. Kita harap dalam kalangan kita ini perlu belajar agama di tempat yang betul sama ada di masjid dan surau oleh guru-guru yang ada kredibiliti,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya