DUN Perlis bubar kuat kuasa hari ini

DUN Perlis bubar kuat kuasa hari ini

AZLAN Man (kiri) menunjukkan watikah pengisytiharan pembubaran DUN Perlis di Kompleks DUN, Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis dibubarkan berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pembubaran tersebut dibuat selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menerima mengadap beliau bersama Speaker DUN Perlis, Datuk Hamdan Bahari di Galeri Diraja Arau, semalam.

“Pada sesi mengadap yang berlangsung hampir satu jam itu, Raja Perlis telah disembah maklum mengenai Persidangan Khas DUN Perlis yang telah meluluskan secara sebulat suara pindaan kepada Undang-undang Tubuh Negeri berkaitan peruntukan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti.

“Selain itu, baginda juga telah berkenan dengan cadangan untuk membubarkan DUN Perlis Ke-14 berkuat kuasa pada hari ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Azlan, pembubaran DUN tersebut akan membolehkan PRN  diadakan serentak dengan PRU15.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri menyerahkan segala urusan pilihan raya selanjutnya kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR),” katanya.

Dengan pembubaran tersebut, Azlan berkata, pentadbiran negeri akan diambil alih oleh kerajaan sementara, bagaimanapun Menteri Besar dan barisan Exco masih boleh menjalankan tugas dengan tidak melibatkan keputusan dasar.

Katanya, segala keputusan yang boleh dibuat oleh kerajaan sementara juga hanyalah bersifat operasi semata-mata.

“Buat masa ini, Menteri Besar dan barisan Exco masih boleh menggunakan aset-aset yang diberikan selagi mana berada dalam kerajaan sementara,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya