‘Dua mangsa dibaham buaya’, rupa-rupanya sesi latihan menyelamat - Utusan Malaysia

‘Dua mangsa dibaham buaya’, rupa-rupanya sesi latihan menyelamat

SEBAHAGIAN anggota pasukan penyelamat sesi latihan persiapan banjir di Sungai Tok Ajam, Pasir Puteh, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh menafikan dakwaan dua individu cedera dibaham buaya di Sungai Tok Ajam di sini sebagaimana mesej suara yang tular menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketuanya, Azhar Elmy Mustofar berkata, berita yang tular itu adalah sesi latihan menyelamat dan persiapan dalam menghadapi musim banjir pada penghujung tahun ini.

“Kira-kira 100 anggota pelbagai agensi seperti Bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, polis dan kakitangan Kementerian Kesihatan menjalani sesi latihan itu.

“Sesi latihan ini telah disalahtafsirkan dengan menyebar maklumat yang tidak benar dan boleh menimbulkan kegusaran awam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azhar mahu pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan segera penyebaran maklumat tersebut.

Katanya, dakwaan mangsa yang mengalami kecederaan parah, tangan terpaksa dipotong dan seorang lagi belum ditemukan adalah tidak benar sama sekali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya