'Dok rasa macam depa nak umum petang ni' - Utusan Malaysia

‘Dok rasa macam depa nak umum petang ni’

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hantaran pemimpin politik dan ahli Parlimen dalam media sosial seolah-olah membayangkan pengumuman pembubaran Parlimen dibuat dalam masa terdekat, yang mungkin seawal hari ini.

Walaupun hantaran itu tidak menyatakan secara jelas butirannya, ia dipercayai mempunyai kaitan dengan pengumuman pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menteri Besar Kedah yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor antara yang membuat hantaran di laman Facebooknya dipercayai berhubung perkara itu.

“Dok rasa macam depa nak umum petang ni,” kata Muhamad Sanusi dalam hantaran berkenaan.

Selain itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr. Puad Zarkashi bercakap mengenai ‘anak bulan’ kelihatan jelas di Putrajaya sekali gus memberi ‘hint’ tentang pilihan raya dalam masa terdekat.

“Difahamkan anak bulan telah kelihatan dengan jelas di Putrajaya. Raya atau pilihan raya,” katanya dalam hantaran di Facebooknya.

Begitu juga dengan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang turut menyatakan perkara sama selepas menyempurnakan program di beberapa buah negeri dalam tempoh 40 jam semalam.

Spekulasi pembubaran terus kuat diperkatakan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk kali kedua dalam tempoh empat hari bagi menyatakan hasrat tersebut.

Bayangan pembubaran Parlimen bakal berlaku dalam masa terdekat dikuatkan lagi dengan tindakan UMNO yang mengadakan Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) di Menara Dato’ Onn, malam ini.

Pada pukul 2.30 petang ini, Ismail Sabri dijadualkan untuk menghadiri Perhimpunan Agung MIC di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa (MITEC).- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.