Covid-19: 2,618 kes positif; Selangor catat 1,147 kes

Covid-19: 2,618 kes positif; Selangor catat 1,147 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia kembali merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,618 kes berbanding kelmarin, 2,256 kes sekali gus mengatasi 1,841 kes sembuh.

Kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 30,277 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 4,880,005 kes. 

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,147 kes diikuti Kuala Lumpur (550), Negeri Sembilan (182), Perak (163), Pulau Pinang (130) dan Sabah (103).

Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Melaka (70), Sarawak (51), Kedah (51), Pahang (38), Putrajaya (35), Johor (33), Kelantan (28), Terengganu (22) dan Perlis (10).

Hanya satu lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Labuan, lima kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 360 orang berbanding kelmarin, 358 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 47 kes bersamaan jumlah kelmarin. 

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 18 kes berbanding jumlah kelmarin, 17 kes. 

Mengenai kes kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan empat kes berbanding jumlah kelmarin, tiga kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,444 kes manakala dua kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,753 kes. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN