Calon Perdana Menteri PH dari Perak - Utusan Malaysia

Calon Perdana Menteri PH dari Perak

NGA Kor Ming berucap pada Konvensyen PH di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) adalah dari Perak jika menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, setakat ini belum ada pemimpin dari Perak yang menjawat jawatan Perdana Menteri.

Menurutnya, PRU15 adalah masa terbaik untuk calon dari Perak dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Kita akan menonjolkan seorang tokoh bertaraf antarabangsa bertanding di Perak pada PRU15.

“Tidak pernah ada Perdana Menteri dari Perak, jadi inilah masanya,” katanya ketika berucap pada Konvensyen PH di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kor Ming berkata, jika menang PRU15 di Perak, PH juga akan membentuk ‘corridor of hope’ atau koridor harapan.

“Jika kita menang, kita akan membina ‘corridor of hope’ dari Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan,” katanya,

Konvensyen malam ini dijadual mengumumkan Anwar sebagai calon Perdana Menteri PH dan kerusi Parlimen yang akan ditandingi beliau.

Sebelum ini, Anwar dikatakan akan bertanding di Parlimen Tambun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya