BN pertimbang diskaun PTPTN untuk graduan ijazah kelas kedua atas

BN pertimbang diskaun PTPTN untuk graduan ijazah kelas kedua atas – Asyraf Wajdi

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) mempertimbang cadangan menawarkan diskaun Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada graduan yang menerima ijazah kelas kedua atas.

Pengerusi Pemuda BN, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu dibincangkan bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad mengenai inisiatif terbaharu PTPTN hari ini.

“Kami membincangkan cadangan banyak pihak untuk meluaskan kadar diskaun pembayaran balik pinjaman bagi graduan yang berjaya mendapat ijazah kelas kedua atas. Insya-Allah akan dipertimbang dan jika dapat dilakukan boleh dimasukkan dalam manifesto BN juga,” katanya dalam kenyataan.

Beliau bagaimanapun menegaskan, BN tidak akan membuat tawaran melampau seperti yang dilakukan oleh pihak pembangkang sebelum ini.

“Ada yang bertanya kenapa BN tidak ikut pendekatan Pakatan Harapan (PH) dan Pas yang pernah menjanjikan pemansuhan bayaran balik PTPTN atau tunggu sehingga gaji melebihi RM4,000 baru mula bayar?

“BN lebih bertanggungjawab untuk tidak menjanjikan bulan dan bintang tetapi akhirnya mendakwa manifesto bukan kitab suci. Bagi BN, ‘tiada janji lihat bukti’,” katanya.

Setakat ini, inisiatif yang disediakan untuk peminjam PTPTN adalah graduan mendapat ijazah kelas pertama tidak perlu bayar balik pinjaman PTPTN.

Diskaun 20 peratus kepada peminjam PTPTN yang membayar sepenuhnya jumlah pinjaman dan diskaun 15 peratus yang membuat pembayaran balik pinjaman melalui potongan gaji atau debit terus daripada akaun bank mengikut jadual.

Selain itu, PTPTN turut menyediakan pinjaman sehingga RM3,000 bagi pembelian peranti, komputer atau laptop untuk pengajian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN