KUALA LUMPUR: Balu Allahyarham bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Tan Sri Melan Abdullah, Puan Sri Ashidah Minin meninggal dunia, malam tadi.
Menerusi satu perkongsian kepada Utusan Online, Ashidah dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini.
Perkongsian itu bagaimanapun tidak memaklumkan faktor pemergian balu kepada bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu itu.
Perkhabaran duka itu turut dikongsikan bekas Pengarang Kanan Utusan Malaysia, Zin Mahmud dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Melan atau lebih dikenali sebagai ‘Pak Melan’ merupakan Ketua Pengarang Utusan Melayu pada 1960-an kembali ke Rahmatullah pada Februari 2002. – UTUSAN