PETALING JAYA: Kerajaan mengumumkan kadar berpendapatan cukai individu dikurangkan kepada dua peratus mulai tahun depan melalui Bajet 2023.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, banjaran pendapatan cukai 50,000 sehingga 100,000 dikurangkan kepada 11 peratus.
“Kadar banjaran cukai 70,000 sehingga 100,000 pula dikurangkan kepada 19 peratus, banjaran lebih 250,000 hingga 400,00 akan digabungkan dengan banjaran lebih 400,000 dan dikenakan kadar cukai 25 peratus,” katanya. – UTUSAN