fbpx

Azie diculik sebagai ‘cagaran’ rangkaian sindiket dadah

ROSNAZIRAH Mohd. Naim (tiga kiri) dan keluarga semasa menerima kunjungan Ahli Parlimen Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi (kanan) di Kota Bharu, Kelantan semalam. – UTUSAN/ROHANA ISMAIL.

PETALING JAYA: Motif sebenar ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd. Naim atau Azie diculik dipercayai sebagai ‘cagaran’ dalam sindiket dadah yang dikaitkan dengan suaminya.

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, sumber memberi­tahu, siasatan mendapati berlaku masalah dalam rangkaian sindiket dadah tersebut sehingga menyebabkan wanita berusia 36 tahun itu diculik.

“Ketika diselamatkan di sempadan Thailand-Laos, wanita itu cuba diseludup untuk dise­rahkan kepada sindiket dadah di Laos.

“Kesemua suspek yang terlibat merupakan ahli sindiket dadah tersebut dan pihak polis sedang mengesan tiga lagi suspek dipercayai bersembunyi di Thailand,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah sumber tersebut, tiga suspek sedang direman manakala empat indvidu lagi telah tamat tempoh reman.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan pihaknya sedang mengesan kira-kira dua hingga tiga warga tempatan bagi membantu siasatan kes penculikan tersebut.

Menurut beliau, polis me­ngenal pasti identiti ketiga-tiga individu tersebut namun perlu menyiasat lanjut untuk pengesahan sebenar sebelum dikongsikan dengan pihak berkuasa di Thailand.

“Buat masa ini PDRM masih menjalankan siasatan dan memeriksa keterangan yang ada untuk memastikan duduk (situasi) sebenar kes ini.

“PDRM memohon media bersabar dan memberi sedikit masa supaya kita betul-betul dapat maklumat motif sebenar di sebalik kejadian melarikan mang­sa ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, walaupun usaha menyelamatkan Azie sudah selesai, namun, masih ada kes lain yang boleh disiasat berhubung penculikan wanita berkenaan. –UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

RSS Error: WP HTTP Error: cURL error 28: Operation timed out after 10001 milliseconds with 0 bytes received