Awak nak suruh saya bertanding di mana? - Hamzah

Awak nak suruh saya bertanding di mana? – Hamzah

HAMZAH Zainudin (tengah) pada  Program Retreat Media dan Sahabat KDN bersama Agensi Antidadah Kebangsaan di Batu Kurau, Larut hari ini. - FOTO/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT: Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin dijangka kekal bertanding di Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Walaupun tidak memberikan pengesahan ketika ditanya pemberita sama ada beliau kekal bertanding di Parlimen Larut, Hamzah yang merupakan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membayangkan beliau akan bertanding di Parlimen Larut.

“Awak nak suruh saya bertanding di mana?” jawabnya ringkas kepada pemberita pada Program Retreat Media dan Sahabat KDN bersama Agensi Antidadah Kebangsaan di Batu Kurau, di sini hari ini.

Sementara itu, Hamzah berkata, gerak kerja kebajikan yang beliau lakukan untuk penduduk di Larut merupakan tanggungjawab beliau sebagai seorang pemimpin yang memikul amanah dan melaksanakannya.

“Gerak kerja membantu rakyat yang saya lakukan selama ini bukan membawa nama Parlimen Larut semata -mata tapi atas dasar kepentingan agama, bangsa dan negara.

“Perjuangan saya masih konsisten untuk tiga perkara itu dan bukan warna bendera (parti) yang diutamakan” katanya.

Sementara itu, mengenai laporan seorang pemimpin Pas yang mendakwa Bersatu sudah diberitahu supaya tiada pertembungan berlaku di 27 ‘kerusi kritikal’ dengan UMNO pada PRU15, Hamzah berkata, beliau akan berjumpa dengan Presiden parti mengenai perkara itu.

Beliau mengulas laporan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mohd. Zuhdi Marsuki yang mendakwa Bersatu sudah diberitahu supaya tiada pertembungan berlaku di 27 ‘kerusi kritikal’ dengan UMNO pada PRU15 walaupun Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menggelar UMNO sebagai musuh utama.

Mohd. Zuhdi berkata, ia bagi memastikan kerusi berkenaan tidak jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH) selepas Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk tidak bekerjasama pada pilihan raya akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.