Amalan kerja boleh ditukar, bukan kitab suci

Amalan kerja boleh ditukar, bukan kitab suci

Khairy Jamaluddin bersama kakitangan dan pemenang anugerah Hari Inovasi Kementerian Kesihatan 2022 di Putrajaya. hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kakitangan Kementerian Kesihatan digalak untuk terus menghasilkan inovasi yang dapat menambah baik dan melancarkan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada seluruh rakyat di negara ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pengurusan tertinggi, ketua-ketua perkhidmatan dan jabatan turut disaran menggalakkan para pegawai menghasilkan produk atau perkhidmatan yang inovatif.

Menurut beliau, budaya inovasi juga tidak seharusnya disekat kerana pada akhirnya ia memberi manfaat kepada kementerian dan juga rakyat.

“Jangan kita kekalkan proses yang lama semata-mata proses itu sudah dijalankan untuk sekian lama.

“Proses itu bukan kitab suci, proses adalah sesuatu yang kita boleh laraskan bila-bila masa sahaja apabila sudah tidak menepati peredaran zaman atau kehendak pelanggan iaitu rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Inovasi di sini hari ini.

Katanya lagi, penjawat awam hendaklah berpaksi kepada rakyat dan sentiasa bersedia untuk berkhidmat demi kesejahteraan.

Jelas beliau, melalui inovasi dalam perkhidmatan awam, ia dapat meningkatkan nilai tambah dan produktiviti perkhidmatan awam serta meningkatkan kepercayaan pelanggan.

“Ini kerana idea-idea inovasi ini hanya akan bermanfaat apabila ia diketengahkan, dizahirkan dan akhirnya dilaksanakan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya