Ahli Geng Sunda Piang aktif curi motosikal dipenjara empat tahun 

Ahli Geng Sunda Piang aktif curi motosikal dipenjara empat tahun 

SEORANG ahli Geng Sunda Piang (dua dari kanan) yang aktif mencuri motosikal di sekitar Kuala Pilah dijatuhkan hukuman penjara empat tahun di Mahkamah Majistret Kuala Pilah. - FOTO/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang ahli Geng Sunda Piang yang aktif mencuri motosikal di sekitar daerah ini dijatuhkan hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini.

Tertuduh, Muhammad Deri, 30, membuat pengakuan bersalah terhadap enam pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Saiful Sayoti.

Berdasarkan kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri enam buah motosikal jenis Honda dan Modenas Kriss di sekitar kawasan Kuala Pilah antara 20 Jun hingga 16 September tahun ini.

Perbuatan itu dilakukan sekitar pukul 4.30 pagi hingga 10 pagi di enam lokasi berasingan di kediaman rumah penduduk yang melibatkan beberapa buah kampung.

Timbalan Pendakwa Raya Nik Nur’Aqilah Syarfa Nik Zaidi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh dengan mengambil kira jenayah yang dilakukan serta ancaman kepada penduduk setempat.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap tertuduh dan kes akan dirujuk kepada Pengarah Imigresen selepas tamat tempoh hukuman penjara. 

Terdahulu, tertuduh juga mengaku bersalah tinggal di negara ini tanpa dokumen yang sah dan dikenakan hukuman penjara tujuh bulan dan dua sebatan selepas

Sementara itu, di mahkamah sama, empat rakan tertuduh dikenakan hukuman penjara tujuh bulan selepas didapati bersalah tinggal di negara ini menggunakan pas lawatan sosial tamat tempoh. 

Seorang lagi rakan tertuduh dikenakan hukuman penjara tujuh bulan dan dua sebatan selepas mengaku bersalah tinggal di negara ini tanpa dokumen yang sah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya