Ahli disaran patuh tata cara pelaksanaan parlimen bersidang

Ahli Dewan disaran patuh tata cara pelaksanaan parlimen bersidang

AZHAR AZIZAN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua ahli Dewan Rakyat disaran mematuhi tatacara pelaksanaan persidangan parlimen sepanjang ia berlangsung.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun dalam pemasyhurannya berkata, ke semua ahli Dewan Rakyat disara memakai pelitup muka (face mask) sepanjang berada di dalam Dewan Rakyat.

“Ahli-ahli Yang Berhormat boleh untuk membuka pelitup muka ketika berucap di dalam Dewan Rakyat dan memakai semula pelitup muka dengan kadar segera selepas selesai berucap.

“Seperti mana saya maklumkan Dewan yang mulia pada 18 Julai 2022 yang lalu, langkah-langkah telah diambil di dalam Dewan ini dan beberapa tempat lain di Kompleks Parlimen untuk meningkatkan kualiti udara dalaman dengan memasang sistem yang dapat membasmi virus Covid-19,” katanya sebelum memulakan Pertanyaan Jawab Lisan di Dewan rakyat, hari ini.

Jelas Azhar lagi, Parlimen Malaysia akan terus melaksanakan sanitasi berkala oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19.

“Oleh yang demikian, saya pohon semua pihak agar sentiasa peka dan  mematuhi tatacara pelaksanaan persidangan Parlimen yang telah ditetapkan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN