KANGAR: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang perlu menjaga adab dalam mengeluarkan kenyataan dengan tidak sewenang-wenangnya melabelkan UMNO dengan pelbagai gelaran dan perumpamaan kerana beliau seorang tokoh agama dihormati. FATHUL BARI MAT JAHYA Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, nada pemimpin Pas itu sangat berbeza ketika bersama UMNO dalam Muafakat Nasional (MN), malah menegaskan supaya mengelak daripada politik fitnah dan kebencian. Namun, katanya, apabila…