Abang bomba jual kuetiau 50 sen jadi tarikan

Abang bomba jual kuetiau 50 sen jadi tarikan

KRU trak makanan Fire Kitchen Abang Bomba melayan pelanggan di MITC, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seperti di beberapa Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM), trak makanan Fire Kitchen Abang Bomba menjadi tumpuan orang ramai yang mengungjungi program itu di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh berakhir Ahad lalu.

Pengunjung jelas teruja apabila mendapat tahu trak berkenaan menawarkan jualan mi, kuetiau dan bihun goreng paling murah dengan harga 50 sen sepinggan, dikendalikan lapan anggota termasuk tiga tukang masak daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.

Turut menjadi perhatian adalah minuman sirap limau yang juga dijual pada harga 50 sen segelas dan boleh diisi semula berulang kali.

Ketika ditemui Utusan Malaysia, Penolong Kanan Penguasa Bomba Shaharil Mohamad Hassan berkata, Fire Kitchen Abang Bomba adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) jabatan itu sepanjang JAKM diadakan di seluruh negara.

Katanya, jualan tersebut tidak berlandaskan keuntungan, sebaliknya memberi peluang kepada pengunjung menikmati masakan daripada anggota bomba yang bukan sahaja bertugas memadam kebakaran.

“Alhamdulillah, sambutan jualan kami sangat menggalakkan daripada pengunjung sejak menyertai JAKM di Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan terbaharu di Melaka.

“Setakat ini jualan paling laris pada JAKM di Selangor apabila sebanyak 200 kilogram (kg) mi, kuetiau dan bihun habis dijual. Di Melaka, kita sasarkan antara 100 hingga 150 kg seperti negeri-negeri lain,” katanya.

Menurut Shaharil, lapan kru dari sekitar Selangor bertugas di Fire Kitchen Abang Bomba sepanjang JAKM diadakan, yang mana tiga daripada mereka berkemampuan memasak pelbagai masakan.

Sementara itu, seorang pengunjung, Siti Khairiah Basirun, 38, berkata, dia teruja melihat trak berkenaan menawarkan harga makanan paling murah.

“Setakat ini saya belum pernah terjumpa gerai atau restoran yang menjual makanan serendah 50 sen sepinggan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya