4 termasuk 3 sekeluarga dituduh ubah wang haram RM300 juta

Empat termasuk tiga sekeluarga dituduh ubah wang haram RM300 juta

TIGA sekeluarga, Abdul Wahab S. Mohd. Mydin (tengah), Nur Hafeezah Abdul Wahab dan Resool Bivi Yusof Gini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen George Town, Pulau Pinang atas pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Seramai empat individu termasuk tiga sekeluarga dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas 150 tuduhan membabitkan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM300 juta antara 2018 hingga 2020.

Keempat-empat tertuduh, Abdul Wahab S. Mohd. Mydin, 53; Mohd. Nasri Abdul Rahman, 36; Nur Hafeezah Abdul Wahab, 26, dan Resool Bivi Yusof Gini, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pelbagai pertuduhan yang dibaca secara berasingan terhadap mereka di hadapan Hakim Mohammad Khalid Karim dan Hakim Mazdi Abd. Hamid.

Mohd. Nasri yang merupakan Pengarah Urusan sebuah syarikat pelaburan didakwa atas 118 pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram dan kesalahan itu didakwa dilakukan antara tahun 2018 hingga 2020.

Abdul Wahab yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat pelaburan didakwa atas 30 pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram antara tahun 2018 hingga 2020.

Selain itu, Abdul Wahab turut mempunyai dua pertuduhan yang dibaca bersama isteri, Resool Bivi dan anaknya, Nur Hafeezah.

Kesemua mereka didakwa menerima, memindah dan menggunakan sejumlah wang dipercayai hasil aktiviti haram untuk kegunaan peribadi seperti pembelian hartanah, saham dan lain-lain.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa buah bank di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk di Pulau Pinang.

Prosiding kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd. Jeffery Ong.

MOHD. NASRI Abdul Rahman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen George Town, Pulau Pinang hari ini atas tuduhan membabitkan pengubahan wang haram.

Mohd. Nasri pula diwakili peguam, S Raveentharan manakala Abdul Wahab, isteri dan anak mereka diwakili Mashitah Jamaluddin.

Mahkamah membenarkan Mohd. Nasri diikat jamin RM500,000 bagi semua pertuduhan manakala Abdul Wahab pula dijamin RM110,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, Resool Bivi dibenarkan diikat jamin RM10,000 dan Nur Hafeezah sebanyak RM25,000.

Mahkamah menetapkan 15 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan dokumen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya