30 rumah rosak dibadai ribut

30 rumah rosak dibadai ribut di Marang

ribut
KEADAAN bumbung sebuah kedai yang diterbangkan ribut di Kampung Undang, Bukit Payong di Marang hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG : Hampir 30 buah rumah dan premis perniagaan mengalami kerosakan dalam kejadian ribut di Kampung Undang dekat sini, petang ini.

Kejadian ribut berserta puting beliung selama kira-kira 10 minit itu berlaku pada pukul 2.30 petang.

Kebanyakan rumah terlibat mengalami kerosakan di bahagian bumbung.

Seorang penduduk, Fhatin Nur Shanieza Mohamad, 30, berkata, dia hanya mampu memeluk anaknya berusia dua tahun kerana ketakutan setelah rumahnya bergegar dibadai ribut.

“Mulanya keadaan di luar rumah gelap serta hujan renyai-renyai, namun secara tiba- tiba datang pusaran angin menuju ke arah rumah saya. Selepas itu beberapa kepingan atap diterbangkan angin dan ketika itu saya hanya fikirkan mati, hanya memeluk anak, Hana Faiha Mohd. Amirul Hafiz.

“Sewaktu kejadian saya berada dalam rumah bersama ibu mertua, sementara itu, suami bersama anak sulong kami berada di kedai berdekatan,” katanya ketika ditemui di Kampung Undang di sini, petang ini.

Seorang lagi penduduk, Jamsari Mohamed, 43, pula berkata, dia sebelum kejadian berada dalam bilik dan tiba- tiba dikejutkan bunyi angin dari arah belakang rumah dan segera keluar meninjau keadaan.

Katanya, dia terkejut melihat pusaran angin menuju ke arah rumahnya dan bergegas hampiri ibunya, Minah Mat Ali, 69, yang berada di ruang tamu dan dalam fikiran hanya memikirkan keselamatan mereka berdua yang sebolehnya ingin keluar selamatkan diri kerana sudah jangka berlaku sesuatu tidak diingini.

“Ketika pimpin ibu ke luar, satu demi satu bumbung rumah diterbangkan angin,” ujarnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Undang, Daud Hassan pula berkata, pihaknya masih menjalankan bancian junlah keseluruhan rumah yang rosak dalan kejadian ribut itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya