14 hari cukup untuk kempen PRU15 - PM

14 hari cukup untuk kempen PRU15 – Ismail Sabri

ISMAIL Sabri Yaakob semasa Majlis Perasmian Karnival Usahawan dan Koperasi di Dataran Eco Grandeur, Puncak Alam, Selangor. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Tempoh 14 hari sudah memadai dan mencukupi bagi semua parti politik berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tempoh berkempen dalam pilihan raya sebelum ini melibatkan jumlah hampir sama dan ada yang kurang dari 14 hari.

Beliau berkata, parti politik perlu melakukan perancangan masing-masing supaya tempoh kempen kali ini mencukupi buat mereka.

“Jika terlampau lama, orang juga akan complaint (mengadu) sebab too long (terlalu panjang) dan penat kerja. SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) sudah menentukan, jadi kita akur dan bekerja berdasarkan jumlah yang disediakan untuk berkempen,” katanya selepas merasmikan Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia (KUKKM) di Puncak Alam di sini, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh mengumumkan 19 November ini sebagai hari pengundian PRU15 yang turut meliputi pilihan raya serentak bagi mengisi kekosongan 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, 15 kerusi DUN Perlis dan 59 kerusi DUN Perak serta DUN Bugaya, Sabah.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November ini manakala pengundian awal pada 15 November dan tempoh berkempen bagi PRU15 adalah 14 hari. Sebelum ini, tempoh berkempen pada PRU14 adalah 11 hari manakala PRU13 15 hari.

Ditanya mengenai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih terbuka bekerjasama dengan UMNO, kata Ismail Sabri, sebarang kerjasama itu perlu dibawa dan ditentukan oleh Majlis Tertinggi parti tersebut.

“Soal kerjasama itu perkara besar sama ada melibatkan Bersatu, Pas atau mana-mana parti sekali pun. Apa yang penting adalah fokus kepada pilihan raya dan memenanginya sebelum bercakap soal mahu gabung atau tidak,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, SPR akan menentukan sama ada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kekal bertanding di Parlimen Pekan.

 “Selain itu, soal sama ada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Azizbertanding di Kuala Selangor, ia diputus dan diumumkan parti nanti. Saya juga ingin bertanding di Bera namun kena tunggu pengumuman itu juga kelak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya