[VIDEO] Tanah runtuh, air lombong macam tsunami - Utusan Malaysia

[VIDEO] Tanah runtuh, air lombong macam tsunami

TANGKAP layar kejadian tanah runtuh sehingga menyebabkan air lombong melimpah dalam kejadian dekat Labohan Dagang, Banting di Kuala Langat, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Mengerikan. Itu yang disaksikan mengenai kejadian limpahan air dari sebuah lombong bijih besi, ibarat tsunami akibat kejadian tanah runtuh di Labohan Dagang, Banting, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, bagaimanapun kejadian tersebut tidak melibatkan kematian dan polis menjalankan pemeriksaan selepas menerima maklumat itu menerusi media sosial.

“Siasatan mendapati runtuhan tanah itu berlaku kira-kira pukul 1 petang. Berdasarkan keterangan seorang pekerja, sebuah jentera excavator telah tertimbus ketika kejadian itu.

VIDEO tular kejadian tanah runtuh sehingga menyebabkan air lombong melimpah dalam kejadian dekat Labohan Dagang, Banting di Kuala Langat, Selangor, semalam.

“Namun, pemandunya sempat menyelamatkan diri dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. Usaha mengeluarkan excavator itu sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, syarikat perlombongan berkenaan akan membuat laporan polis pada hari ini.

Terdahulu, tular dua video memaparkan runtuhan tanah melanda kawasan lombong itu yang hampir menenggelamkan sebuah lori dan jentera excavator itu.

Video itu dipercayai dirakam pekerja yang menjerit meminta supaya segera lari menyelamatkan diri bagi mengelak tertimbus runtuhan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya