[VIDEO] Bekas penyelia projek didenda RM10,000 perdaya pengurus pembinaan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Bekas penyelia projek didenda RM10,000 perdaya pengurus pembinaan

ABDUL Halim Abdul Aziz (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban bagi didakwa atas pertuduhan memperdayakan seorang pengurus pembinaan. - UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang bekas penyelia projek didenda RM10,000 di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memperdaya seorang pengurus pembinaan supaya tidak mengambil tindakan berhubung kerja berkaitan sistem kebakaran di tapak projek, dua tahun lalu.

Hakim, Rushan Lutfi Mohamed menjatuhi hukuman itu ke atas tertuduh, Abdul Halim Abdul Aziz, 40, yang membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Sekiranya gagal membayar denda, tertuduh boleh dipenjara lima bulan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai penyelia projek didakwa menipu seorang lelaki yang merupakan pengurus pembinaan dengan memperdayakannya supaya menyerahkan wang tunai RM2,000.

Wang tersebut bagi mengelakkan sebarang tindakan memberhentikan kerja pembekalan dan pemasangan sistem keselamatan kebakaran yang sedang dilaksanakan syarikat pengadu.

SEORANG bekas penyelia projek didenda RM10,000 di Mahkamah Sesyen Seremban selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memperdayakan seorang pengurus pembinaan supaya tidak mengambil tindakan berhubung kerja berkaitan sistem kebakaran di tapak projek, dua tahun lalu. – UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP

Kesalahan itu dilakukan di sekitar Negeri Sembilan pada 29 Julai 2020.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali tidak membantah hukuman berbentuk denda ke atas tertuduh, namun ia perlu mengambil kira kepentingan awam.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memberitahu mahkamah bawa dia sudah menyesal dan tidak akan mengulangi kesalahan tersebut.

“Saya sudah hilang kerja selama dua tahun, dan baru sahaja mendapat kerja semula. Selain itu, saya menanggung ibu bapa yang kurang sihat dan berpenyakit. Keadaan kewangan saya juga masih tidak stabil dan saya ingin memulakan kehidupan baharu dengan isteri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya