UPM disarankan untuk mewujudkan Fakulti Perubatan Veterinar

UPM disaran tubuh Fakulti Perubatan Veterinar di kampus Bintulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Universiti Putra Malaysia (UPM) disarankan untuk mewujudkan Fakukti Perubatan Veterinar di kampusnya di Bintulu.

Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail yang membuat saranan itu berkata ia bagi membolehkan lebih ramai anak Sarawak boleh melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan veterinar.

Menurut Abdul Rahman, Sarawak masih jauh ketinggalan dari segi bilangan profesional dalam bidang veterinar.

“Sarawak memerlukan sekitar 200 sehingga 1,000 doktor veterinar bagi industri ternakan,” katanya ketika berucap pada majlis pertukaran surat hasrat kolaborasi antara Fakukti Perubatan Veterinar UPM dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak sempena Program Pemindahan Ilmu Vet4livestockdi sini hari ini.

Beliau berkata, disebabkan kekurangan pakar dalam bidang berkenaan sehingga Jabatan Perkhidmatan Veterina Sarawak terpaksa menghantar beberapa kakitangannya bagi melanjutkan pelajaran ke Institut Veterinar Malaysia, Kluang, Johor.

Katanya, kerajaan Sarawak bercadang untuk menubuhkan sebuah agensi pembangunan industri ternakan Sarawak, iaitu Sarawak Livestock Industry Board (SLIB) bagi menerajui dan memacu pembangunan industri ternakan agar Jabatan dapat memfokus dalam perkhidmatan veterinar seperti kawalan penyakit ternakan, import dan eksport.

Sementara itu, dekan Fakulti Perubatan Veterinar UPM Prof. Dr Abdul Rahman Omar ketika ditemui berkata kolaborasi antara UPM dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak adalah dalam aspek kawalan penyakit yang menjangkiti haiwan ruminan dan khinzir.

“Fakukti Perubatan Veterinar UPM kita akan membawa pakar-pakar berkaitan kawalan penyakit terutama penyakit yang menyerang lembu dan khinzir seperti penyakit demam babi Afrika dan penyakit kuku dan mulut,” katanya.

Dalam masa yang sama, katanya pihak Fakulti Perubatan Veterinar UPM juga akan berkongsi mengenai aspek penternakan dan pemakanan haiwan ternakan yang sihat.

Katanya adalah penting haiwan ternakan diberi makanan yang berkhasiat untuk ia hidup sihat dan kurang diserang penyakit.

“Kita akan memperkukuhkan kerjasama ini dengan harapan lebih banyak program dapat diadakan di masa akan datang supaya kita boleh menyampaikan maklumat dan inovasi berguna kepada komuniti penternak,” tambahnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN