KOTA KINABALU: Parti politik yang berpangkalan di Sabah, Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif (UPKO) melihat kemungkinan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang, Perak, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). DUN Chenderiang disandang oleh Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, pertimbangan itu dibuat kerana terdapat permintaan daripada pemimpin…