UMNO teguh hadapi PRU15 - Fathul Bari

UMNO teguh hadapi PRU15 – Fathul Bari

FATHUL Bari Mat Jahya (kanan) bergambar bersama peserta aktiviti menangkap itik sempena Karnival Keleboq Kangaq di kawasan sawah bersebelahan klinik desa, Behor Lateh, Kangar, Perlis, hari ini. - FOTO/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sekali lagi memberi gambaran bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam masa terdekat membuktikan bahawa kepemimpinan UMNO sepakat dan tidak berdepan konflik dalam menghadapi pilihan raya tersebut.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, sedikit konflik merupakan perkara biasa malah pemimpin tertinggi atau ‘Top 5’ parti itu sentiasa mengadakan pertemuan bagi membincangkan tarikh pelaksanaan PRU15.

Katanya, UMNO juga telah memberi mandat kepada pemimpin tertinggi parti itu untuk membincangkan mengenai tarikh sebenar PRU15.

“Perkara (konflik) ini biasa lah, dia umpama seperti orang cakap bila dengar bunyi bising dalam rumah, tapi tak ada apa pun sebenarnya, mungkin hanya alih meja sahaja.

“Macam itu jugalah parti pun, sedikit-sedikit (konflik) itu adalah perkara biasa,” katanya kepada pemberita selepas Karnival Kelemboq Kangaq di Behor Lateh, di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, Ismail Sabri sekali lagi membayangkan bahawa Pilihan PRU15 semakin hampir dan akan diadakan dalam masa terdekat.

Tanpa menyebut tarikh sebenar, beliau hanya memaklumkan ‘sedikit lagi, tidak lama lagi’.

Justeru, beliau menggesa seluruh jentera Barisan Nasional (BN) termasuk Pemuda untuk mendekati pengundi terutama pengundi muda di samping menjuarai media sosial.

Dalam pada itu, Fathul Bari yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar berkata, UMNO turut membuat persiapan bagi menghadapi kebarangkalian banjir pada akhir tahun ini susulan daripada ramalan Jabatan Meteorologi sebelum ini.

“Walaupun ada pihak bercakap UMNO hanya berpolitik tanpa memikirkan mengenai banjir, tapi saya kira dalam sejarah tanah air ini, kitalah yang sering ke depan untuk membantu mangsa-mangsa terlibat.

“Tak mengapalah, yang penting kita tak lupakan tugas utama untuk berkhidmat kerana itulah yang sinonim dengan perjuangan UMNO dan BN,” katanya.

Tambah Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) itu, isu berkaitan banjir itu turut dibincangkan dalam mesyuarat cawangan sebagai persiapan jentera bagi menghadapi bencana alam itu.

“Tarikh PRU15 kita serah sahaja kepada kepimpinan tertinggi parti dan dalam masa sama, kita juga kena siap sedia untuk hadapi banjir ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN