Tongkang warganegara Indonesia tanpa permit sah ditahan

Tongkang warganegara Indonesia tanpa permit sah ditahan

KAPAL yang berjaya ditahan oleh pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Martim Bintulu didapati membawa muatan pasir secara tidak sah kira-kira 1.6 batu nautika dari Tanjung Kidurong.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTULU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Martim Bintulu berjaya menahan sebuah bot tunda dan tongkang yang didapati membawa muatan pasir secara tidak sah kira-kira 1.6 batu nautika dari Tanjung Kidurong di sini, pada petang semalam.

Pengarah APMM Zon Maritim Bintulu, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata,  pihaknya telah menjalankan operasi di lokasi berkenaan setelah mengesah bot tunda dan tong kang membawa pasir di kawasan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan bot berkenaan mendapati lima orang kru lelaki termasuk tekong warganegara Indonesia berumur dalam lingkungan 31 hingga 56 tahun telah gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan vesel dan muatan pasir yang dibawa secara sah.

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati permit kerja kesemua kru telah tamat tempoh dan disyaki tinggal di negara ini melebihi tempoh yang telah ditetapkan,” katanya.

Ujarnya lagi, kesemua kru berserta bot tunda dan tongkong telah dibawa ke pusat tahanan vesel zon maritim bintulu untuk siasatan lanjut.

Kes tersebut akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Kastam 1967 yang memperuntukan hukuman denda dan penjara jika disabitkan bersalah.

Manakala kru yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 kerana permit kerja telah tamat tempoh yang mana boleh dikenakan dendan tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pada masa yang sama Mohd Khairol menegaskan agar semua komuniti maritim terutamanya komuniti nelayan agar sentiasa mematuhi segala peraturan undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut.

Beliau juga meminta kerjasama agar orang ramai melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan ataupun kemalangan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu (086-314 254) atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) yang beroperasi 24 jam.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya