Tommy Thomas terburu-buru, boleh lemahkan Pakatan Harapan

Tommy Thomas terburu-buru, boleh lemahkan Pakatan Harapan – Ramanan

R RAMANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan Tan Sri Tommy Thomas membangkitkan isu ‘kerajaan Melayu sudah gagal’ atas platform menyokong Pakatan Harapan (PH) dikhuatiri boleh memalit sama PH bahawa seolah-olah ia sebuah gabungan politik yang rasis.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR, Datuk R. Ramanan berkata, bekas Peguam Negara itu mungkin berniat baik mahu membantu PH namun tindak tanduk membuta-tuli itu boleh membawa padah kepada PKR, tonggak PH dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, Tommy seolah-olah ‘belajar dari buku politik mengenai fakta’ dan seterusnya mengajar orang politik ‘cara berpolitik’ sedangkan perbuatan terburu-buru itu tidak pula dilakukan oleh pemimpin berpengalaman luas be’dekad-dekad dalam politik seperti presiden PKR sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita tidak boleh sekadar duduk di tingkat atas menara dan beri pandangan-pandangan sebegini.

“Kalau benar beliau (Tommy) hendak nasihatkan kita (PH) dari segi undang-undang, kita akan beri laluan penuh untuk bercakap.

“Tapi bukan macam ini, seolah-olah beliau (Tommy) juga tidak hormat dengan jawatannya sebelum ini (sebagai Peguam Negara). Komen sebegini bukannya menyokong PH, sebaliknya boleh melemahkan kita dengan ungkapan berunsur rasis seperti ini,” katanya di sini.

Kelmarin, tular dalam media sosial laporan portal berita mengenai kenyataanTommy bahawa ‘Kerajaan Melayu’ sudah gagal.

Turut dinyatakan mengenai betapa bekas peguam negara itu menasihati PH tentang apa yang ia perlu lakukan untuk menghadapi dan memenangi piliPRU15.

Kenyataan ini dibuat di dalam Forum ‘Dark Forces Towards GE15’ anjuran Gerakbudaya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Dan Selangor (KLSCAH) Sabtu lalu.

Intipati ucapan Tommy di dalam forum itu adalah bahawa parti-parti pembangkang hari ini mampu membawa angin perubahan dan mengulangi kemenangannya dalam PRU15.

Perkara pertama yang dinasihati oleh beliau ialah supaya pembangkang menjadikan ‘kegagalan Kerajaan Melayu’ yang menggantikan Kerajaan PH sejak dua setengah tahun lalu sebagai isu.

Kata Tommy, walaupun Kabinet sekarang didominasi sepenuhnya oleh orang-orang Melayu, tetapi ia memerintah dengan teruk, tidak lebih cekap dan lebih bagus berbanding Kerajaan PH. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN