Terengganu Inc. sedia peruntukan biasiswa RM500,000

Terengganu Inc. sedia peruntukan biasiswa RM500,000

BURHANUDDIN HILMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Syarikat pelaburan induk strategik milik kerajaan negeri iaitu Terengganu Incorporated (Terengganu Inc.) memperuntukkan biasiswa sebanyak RM500,000 untuk pelajar cemerlang daripada keluarga B40 melanjutkan pendidikan ke peringkat pengajian yang lebih tinggi.

Presiden dan Pengarah Eksekutifnya, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata, Program Biasiswa YT-TI Program Biasasiwa Bakat Muda itu diadakan dengan kerjasama Yayasan Terengganu.

“Biasiswa ini diharap dapat mengurangkan beban kewangan pelajar terutama dalam jurusan bidang kecerdasan buatan (AI), sains data (big data), undang-undang, muamalat, sains kesihatan (fisioterapi), pengurusan korporat dan perladangan.

“Pemberian biasiswa itu akan bermula dengan permohonan atas talian pada 26 September depan untuk pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, Sijil Tinggi Agama Malaysia, matrikulasi dan asasi mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

“Biasiswa tersebut akan disalurkan dalam pelbagai kos pendidikan seperti yuran pengajian, elaun sara hidup, elaun peralatan dan buku serta pemberian peranti IPad,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, membangunkan modal insan itu juga  bakal melahirkan golongan profesional dan mengisi jurang pekerjaan di Terengganu pada masa akan datang. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN