Suspek kes bunuh datin larikan diri

Suspek kes bunuh datin larikan diri

AHMAD DZAFFIR MOHD. YUSSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis sedang memburu suspek utama kes pembunuhan wanita bergelar datin di Taman Paroi Jaya di sini, Jumaat lalu yang menghilangkan diri selepas kejadian itu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, lelaki berkenaan mempunyai talian keluarga dengan mangsa, Datin Noraida Nordin, 75.

Ahmad Dzaffir berkata, berdasarkan keterangan ahli keluarga mangsa, suspek adalah individu terakhir datang ke rumah wanita tersebut yang ditemukan tidak sedarkan diri.

“Suami mangsa berusia 82 tahun memberitahu suspek telah datang ke rumah mangsa. Jadi ia menjadi persoalan kenapa lelaki itu melarikan diri dan gagal dihubungi,” katanya semalam.

Tambah Ahmad Dzaffir, motif kejadian masih dalam siasatan memandangkan suspek sedang diburu dan setakat ini kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

“Polis meminta individu bernama Mohd. Faizul Mohamad Ali Kamil, 45, dengan alamat terakhir di Kampung Berkat Chembong, Rembau untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat juga diminta untuk menyalurkannya ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban atau mana-mana balai terdekat,” katanya lagi.

Sabtu lalu, media melaporkan seorang wanita warga emas bergelar datin berusia 75 tahun ditemukan mati akibat dibunuh selepas berlaku pergelutan dengan penjenayah yang melakukan samun di rumahnya.

Kejadian pada pukul 8.25 malam itu berlaku ketika mangsa, tinggal bersama suaminya yang merupakan bekas ahli perniagaan bergelar Datuk, namun berdepan masalah penglihatan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, siasatan mendapati terdapat kesan kecederaan pada anggota badan mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya