SugarBomb lebar sayap ke Indonesia - Utusan Malaysia

SugarBomb lebar sayap ke Indonesia

Rombongan SugarBomb dan wakil pengurusan J99 Corp bergambar kenangan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selepas mengukir kejayaan dan mendapat tempat di hati penggemarnya di dalam negara, jenama wangian SugarBomb kini melangkah jauh dengan melebarkan sayap ke Indonesia pula.

Menurut pengasasnya, Ahmad Azhari Rosli atau Boss A, pihaknya merancang untuk membuka cawangan pertama di Surabaya dalam masa terdekat bagi meluaskan lagi empayar wangian popular tersebut.

Malah, untuk merealisasikan usaha itu, Boss A bersyukur kerana pemilik syarikat pelbagai cabang perniagaan di Indonesia iaitu J99 Corp, Gilang Widya Pramana atau lebih dikenali dengan nama Juragan bersetuju untuk menjalinkan kerjasama itu.

“Terima kasih team J99Corp dan Mas Juragan kerana menerima kunjungan kami ke kilang mereka. Doakan kerjasama dua negara antara Malaysia dan Indonesia ini terjalin dan berjaya. Amin,”katanya.

Selain itu, menerusi entri yang dimuatnaik Boss A di laman Instagram (IG) dan akaun TikTok miliknya baru-baru ini, dia juga meluahkan rasa terkejut kerana menerima banyak permintaan daripada warga tanah seberang.

Dalam masa yang sama, kata Boss A, dia juga diminta untuk berkongsi tips berjaya dalam perniagaan oleh beberapa pengikutnya dari negara seberang.

Sebagai negara serumpun, Boss A amat memahami situasi warga Indonesia yang sentiasa menantikan peluang pekerjaan untuk kelangsungan hidup selain sokongan positif kepada rakyat Malaysia dalam apa jua kerjasama terutamanya sektor ekonomi.

Malah,  Oktober ini pula SugarBomb nampaknya mula berani untuk mengeluarkan produk dengan konsep baru yang pastinya mempunyai nilai komersial dan eksklusiviti tersendiri.

Dalam pada itu, sebagaimana yang umum tahu,perniagaan jenama wangian ini juga cukup menginspirasikan kerana asalnya ia cuma dimulakan dari ruangan pejabat kecil belakang sebuah rumah di Shah Alam.

Namun seterusnya, SugarBomb sudah mampu memiliki kilang dan gudang wangian sendiri dengan berkeluasan 1.21 hektar atau 3.0 ekar di Meru, Klang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.