Sarawak, Sabah dapat peruntukan lebih besar Belanjawan 2023

Sarawak, Sabah harap dapat peruntukan lebih besar Belanjawan 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Timbalan Menteri Industri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Willie Mongin berharap,  kerajaan persekutuan memperuntukkan dana yang lebih besar kepada Sarawak dan Sabah dalam Bajet 2023, yang dijangka dibentangkan pada 7 Oktober ini.

Katanya, Sarawak dan Sabah masih jauh ketinggalan dari segi kemudahan infrastrukturnya, justeru adalah menjadi aspirasi beliau kerajaan persekutuan akan memberi dana yang lebih besar bagi tujuan pembangunan infrastruktur di Sarawak dan Sabah.

“Kerajaan persekutuan perlu prihatin dan mengambil serius usaha meningkatkan tahap kemudahan infrastruktur di Sarawak dan Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Konvoi Merdeka dan Hari Malaysia 2020 peringkat kawasan Parlimen 198 Puncak Borneo anjuran Jabatan Penerangan Malaysia di Dewan Serbaguna Teng Bukap.

Di samping itu, Willie turut menegaskan agar kerajaan persekutuan perlu memperuntukkan dana yang mencukupi untuk kerja-kerja penyukatan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak.

“Dana yang secukupnya amat diperlukan bagi kerja-kerja penyukatan tanah NCR memandangkan masih banyak tanah milik masyarakat Dayak khususnya yang masih belum disukat dan diberi surat hak milik tanah,” tambahnya.

Sementara itu, mengenai sambutan ulang tahun kemerdekaan dan Hari Malaysia, Willie yang juga Ahli Parlimen Puncak Borneo berkata setiap rakyat negara ini wajar menghargai kemerdekaan yang dikecapi negara.

“Sebagai wakil rakyat saya akan terus menimbulkan kesedran di kalangan rakyat, khususnya di kawasan saya (Puncak Borneo) tentang erti kemerdekaan dan kepentingan sambutan Hari Malaysia.

“Dalam masa yang sama saya menyeru semua rakyat negara ini memainkan peranan mereka untuk menyebar luas mesej ini supaya difahami generasi muda,” tambah beliau.

Dalam pada itu, Willie juga meminta Kementerian Pendidikan mempercepatkan kerja membaik pulih sekolah-sekolah daif di Sarawak.

Beliau berkata, masalah sekolah daif sudah sekian lama diperkatakan di Sarawak, justeru tindakan pantas perlu diambil untuk memulihkannya agar tidak menjejaskan pengajaran dan pembelajaran pelajar sekolah.

“Institusi pendidikan ini amat penting untuk generasi baharu kita. Negara kita perlu melahiran masyararat yang berpelajaran serta melahirkan modal insan yang lebih berkualiti untuk masa depan negara kita,” tambah beliau.

Willie turut mengumumkan rancangan pembinaan Sekolah Menengah Kerajaan (SMK) Puncak Borneo yang telah mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan.

Katanya, tapak sekolah berkenaan yang dijangka menelan kos antara RM40 juta hingga RM50 juta terletak di Lot 122 antara Kampung Bayur dan Kampung Karu di Jalan Puncak Borneo.

“Kita berharap projek ini akan mendapat sokongan daripada kerajaan negeri dan persekutuan,” katanya.

Sebanyak 20 kenderaan pacuan empat roda dari Padawan 4×4 Adventure Club dan 40 buah motosikal enjin berkuasa tinggi mewakili beberapa kelab menyertai konvoi berkenaan yang diketuai oleh Willie sediri dari Pusat Khidmat Parlimen Puncak Borneo hingga ke Dewan Serba Guna Teng Bukap, Padawan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya