PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Puad Zarkashi menyindir PKR susulan lagu kempen parti itu bertajuk ‘Aduh Malaysia’.
Dalam lagu berkenaan yang digubah ahli PKR iaitu penyanyi rap Altimet, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 17 September lalu dalam program Piknik Rakyat anjuran PKR menyanyikan bait berikut: ““Hoi hoi ya hoi, Siapa sokong penyamun? Hoi bangun kian lama mengelamun. Duit kau hangus, semua dia sapu.”
Mengulas lagu tersebut, Puad berkata geli-geleman mendengar Anwar dan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendendangkannya.

Malah kata beliau, dendangan itu juga memberi isyarat bahawa PKR mengaku menjadi penyamun.
“Tadi dengar juga lagu baharu PKR, “Akulah Penyamun”. Geli geman tengok Anwar dan Rafizi menyanyi ramai-ramai. Elok lagu tu. PKR mengaku jadi penyamun. Anwar siap berdiri menyanyi,” katanya dalam catatan di Facebook.
Pada masa sama, Puad menyindir Anwar supaya menambah beberapa bait lirik dalam lagu itu selain memintanya menggubah lagu baharu berjudul “Aku PM (Perdana Menteri) Tepi”. – UTUSAN