Petani rugi pengairan tidak sempurna

Petani rugi pengairan tidak sempurna

MOHD. Hassan Abd. Manaf (kiri) menunjukkan sistem peparitan yang tidak diselenggara MADA di Kampung Bukit Sireh, Pokok Sena. – UTUSAN/MOHD RIFAAT ABD HAMID.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

POKOK SENA: Seramai 70 petani di Kampung Bukit Sireh, di sini kecewa dengan sistem pe­ngairan yang didakwa tidak sempurna sehingga mereka kerugian ribuan ringgit apabila air tidak sampai ke kawasan tanaman.

Menurut Mohd. Hassan Abd. Manaf, 35, petani di beberapa kampung sekitar turut kecewa selepas saliran sepanjang 2 kilometer (KM) untuk tanaman padi yang mereka usahakan selama ini tidak diselenggara Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) .

Katanya, saliran perparitan yang dibina untuk pengairan padi di kawasan itu sudah terbiar sejak dua tahun lalu dan ia menyebabkan banyak masalah telah timbul kepada petani.

“Sejak MADA gagal selenggara, air yang disalurkan tidak sampai ke kawasan sawah dan ini menyebabkan kami sukar untuk mengerjakan sawah. Bagi mengelak keadaan itu petani kini hanya bergantung kepada air hujan.

“Oleh itu tidak hairan apabila petani sering tanggung rugi apabila hasil tanaman tidak mendapat bekalan air mencukupi hingga tumbesaran padi turut terjejas,” katanya ketika ditemui, semalam.

Mohd. Hassan yang mengu­sahakan 0.81 hektar sawah berkata, kegagalan MADA menyebabkan sistem perparitan itu ditumbuhi rumput hingga menjejaskan saliran air ke sawah di sekitar kawasan itu.

“Memang tidak dinafikan Mada ada menyalurkan air pada setiap musim tetapi ketiadaan penyelenggaraan ini menyebabkan air tidak sampai dan masuk ke sawah. MADA perlu sentiasa pantau perparitan ini kerana ia nadi kepada kami setiap kali mengusahakan sawah.

“Pernah masalah ini diadukan kepada pihak berkenaan tetapi pelbagai alasan diberi dan petani kini hanya terpaksa me­nunggu dan tanggung kerugian. Malah, kini sudah ramai petani mula bercadang untuk tukar tanaman lain kerana masalah bekalan air,”!katanya.

Sementara itu, Abd. Malik Ayob, 58, dari Kampung Telaga Batu pula berkata, ketiadaan penyelenggaraan menyebabkan terdapat beberapa kawasan rumah penduduk dinaiki air semasa MADA mengalirkan bekalan itu ke sawah.

“Adalah menyedihkan apabila air yang melimpah masuk ke beberapa rumah di kawasan ini dan petani yang sangat mengharapkan bekalan air tidak dapat memanfaatkannya. Oleh itu saya harap MADA dapat selesaikan masalah ini secepat mungkin,” katanya.

Dalam pada itu, Ramli Salleh, 47, dari Kampung Budi berkata, pada musim ini dia terpaksa membiarkan sawahnya selepas menabur benih dan meracun dahulu tanpa diusahakan ekoran masalah air yang tidak mencukupi.

“Saya biarkan sahaja sawah itu kerana jika mengusahakanya pun sudah pasti akan tanggung kos yang lebih tinggi. Malah padi yang akan tumbuh pasti akan terjejas dengan ketiadaan air.

“Saya barharap pada musim kali ini MADA dapat selenggara perparitan yang sedia ada. Rugi jika sistem yang dibina untuk 25 hektar dengan kos ribuan ringgit itu tidak dapat dimanfaatkan oleh pesawah di kawasan ini,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya