LIPIS: Seorang bekas pengawal kawasan, Kamarudin Li, 83, masih mengingati kejadian pada 1955 apabila komunis melakukan serang hendap di Kuala Tembeling, Jerantut, dekat sini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Kamarudin berkata, kejadian peluru tembakan komunis berselisih dan melintas atas kepalanya cukup menggerunkan serta menjadi peristiwa yang tidak dilupakannya. Ketika itu, katanya, dia hanya mampu mengucap dua kalimah syahadah dan menyebut beberapa ayat al-Quran sebagai ikhtiar pelindung daripada dihujani peluru musuh. Ujarnya,…










