Jalan berlubang, 10 kereta rosak

Jalan berlubang, 10 kereta rosak

KERJA-kerja menurap jalan yang berlubang giat dilakukan bagi mengelakkan pengguna berdepan bahaya di Cabang Empat Guchil Bayam, Kota Bharu, Kelantan semalam. – UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lebih 10 buah kereta dan motosikal mengalami ke­rosakan apabila terjatuh ke dalam lopak air akibat jalan berlubang di Cabang Empat Guchil Bayam, di sini sejak tiga bulan lalu.

Bagaimanapun, selepas beberapa jam tular di media sosial baru tindakan diambil untuk menutup semua lubang di laluan berkenaan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Mamat, 23, berkata sepanjang tempoh tiga bulan itu ramai pengguna merungut apabila kenderaan milik mereka ‘terperangkap’ di dalam lubang tersebut terutama pada waktu malam.

Menurutnya, keadaan menjadi lebih bahaya setiap kali hujan lebat apabila pengguna tidak dapat mengagak ke dalaman lubang yang terdapat di laluan tersebut.

“Saya pernah menjadi mangsa walaupun sudah biasa menggunakan laluan ini terutama pada waktu hujan.

“Saya dimaklumkan sudah acap kali aduan dibuat oleh orang ramai namun tiada tindakan di ambil,” katanya ketika ditemui semalam.

Mamat memberitahu, selepas tular pihak berwajib telah mengambil tindakan dengan menurap jalan tersebut.

“Saya mewakili penduduk berterima kasih kepada berwajib yang mengambil tindakan segera bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berulang lagi,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN