Najib berhak dapat rawatan terbaik - Lim Kit Siang

Najib berhak dapat rawatan terbaik – Lim Kit Siang

NAJIB RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Veteran  DAP, Lim Kit Siang menggesa kerajaan supaya memberikan rawatan terbaik kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang bekas Perdana Menteri itu menjalani hukuman di penjara.

Beliau membuat gesaan tersebut kerana percaya Najib juga mempunyai hak sebagai seorang banduan.

“Saya setuju sepenuhnya dengan anak Najib, Nooryana Najwa. Saya menyeru kerajaan untuk memberikan rawatan perubatan yang terbaik kepada Najib Razak semasa dia berada dalam penjara, satu hak yang juga patut diberikan kepada semua banduan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata, gesaan itu juga dibuat kerana beliau percaya kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang menafikan Najib mengalami sakit serius.

“Saya percaya dengan ketua pengarah kesihatan dan doktor pakar di Hospital Kuala Lumpur berbanding dengan kisah dramatik Najib yang kononnya berubah dari Perdana Menteri yang paling sihat, seorang Bossku yang menjaga kesihatan dirinya, kepada tiba-tiba pesakit tenat yang menerima rawatan yang tidak baik di penjara.

“Ia sebab yang sama mengapa saya tidak percaya dengan tukang propaganda Najib yang mendakwa dia dipenjarakan kerana tidak adanya kedaulatan undang-undang dan kebebasan cabang kehakiman di Malaysia,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan Kementerian Kesihatan untuk memberikan Najib rawatan yang terbaik seperti yang diperlukan.

Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada Jumaat, 9 September 2022 sebagai satu kes elektif untuk memastikan kesihatannya berada dalam keadaan baik dan optimum.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN