Misteri bangunan lama di Bukit Istana - Utusan Malaysia

Misteri bangunan lama di Bukit Istana

LOKASI bangunan lama dikatakan istana singgah milik Sultan Abu Bakar yang dibina sekitar 1960 atau 1970-an dikelilingi semak dan hutan di Kampung Melayu di Jerantut, Pahang. – UTUSAN/NORHAFIZAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Bangunan usang dan roboh sebahagiannya yang terletak di bukit dikenali Bukit Istana di Kampung Melayu di sini menjadi tanda tanya pelbagai pihak.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penduduk, Mohd. Hafiz Zulkifli, 30, berkata, ba­ngunan lama terbabit telah wujud dan terbiar sejak dia masih kecil dan sehingga kini masih menjadi tanda tanya apakah asal usulnya terutama buat generasi baharu.

Dia hanya mengetahui ba­ngunan terbabit adalah istana lama berdasarkan cerita orang tua namun tidak dapat dipastikan.

“Ada golongan remaja yang datang ke kawasan bangunan lama itu untuk menguji keberanian namun tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai sarang maksiat dan tempat penagih dadah,” katanya di sini semalam.

Mohd. Hafiz berkata, Bukit Istana kini sering dijadikan lokasi beriadah sehinggakan ada pihak terlibat membuat dan membersihkan laluan sekitar selain turut meletakkan papan tanda.

Seorang penduduk, Yassin Sulaiman, 55, pula berkata, bangunan terbabit merupakan istana singgah milik Sultan Abu Bakar yang dikatakan dibina sekitar 1960 atau 1970-an.

“Dahulu bukit terbinanya istana terbabit dikenali dengan nama Bukit Panjang namun disebabkan nama itu terlalu biasa dan kurang popular, ia ditukar kepada nama Bukit Istana bersempena terdapat istana singgah yang dibina di situ,” katanya.

Katanya, istana itu sebelum ini menjadi lokasi per­singgahan Sultan Abu Bakar setiap kali almarhum baginda berkunjung ke Jerantut.

“Namun istana terbabit kini tidak lagi berfungsi dan telah dikelilingi dengan semak dan hutan belukar sekali gus menjadi tempat mistik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya