Mana ada saya cucuk botox - Zoey Rahman

Mana ada saya cucuk botox – Zoey Rahman

ZOEY Rahman tidak terkesan dengan dakwaan melakukan rawatan botox.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan usahawan, Zoey Rahman menafikan dakwaan kononnya dia melakukan rawatan kecantikan seperti suntikan botox selepas warganet mempersoal perubahan ketara pada wajahnya dalam sebuah video yang dimuat naik, baru-baru ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Zoey, 37, menjelaskan, proses penuaan dan bantuan aplikasi suntingan gambar dalam media sosial membuatkan struktur wajahnya kelihatan berbeza.

“Botox? Tidaklah. Netizen membandingkan wajah saya sekarang dengan zaman ketika saya menjadi pelakon Gerak Geri Gasing hampir 15 tahun lalu. Memanglah nampak berbeza sebab saya sudah tua.

“Wajah kita juga berubah dan matang mengikut peredaran masa. Apatah lagi, sekarang kita ada pelbagai aplikasi untuk mencantikkan gambar dalam media sosial.

“Netizen juga perlu belajar untuk membezakan apa itu rawatan estetik, botox serta pembedahan plastik,” katanya.

Meskipun dikecam, Zoey berkata, dia tidak mengambil peduli dengan dakwaan tidak berasas seperti itu, apatah lagi sebelum ini dia pernah melalui pelbagai fasa kontroversi.

“Saya ambil pendirian masuk telinga kiri, keluar telinga kanan sahaja. Kalau kita terlalu ambil peduli apa kata orang, nanti emosi dan mental kita pula yang terganggu. Saya tidak mahu diri merana disebabkan terlalu mendengar cakap-cakap orang.

“Saya tidak mahu fikir sangat perkara itu. Lebih baik saya fokus mengembangkan perniagaan. Itu lebih baik. Lagipun, artis mana yang tidak dikecam dan dikritik? Buat baik pun salah, apatah lagi jika melakukan kesilapan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya