M. Daud Kilau semakin stabil

M. Daud Kilau semakin stabil

SHAHRULZAMAN Yahya (kiri) menziarahi M. Daud Kilau di Hospital Teluk Intan semalam. - FOTO/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Keadaan kesihatan penyanyi veteran, Datuk M. Daud Kilau yang mengalami masalah paru-paru berair semakin stabil hari ini.

Cucu penyanyi itu, Norhasliyana Hassan berkata, datuknya yang dirawat di Hospital Teluk Intan sejak malam Rabu lalu sudah boleh makan dan minum serta sudah boleh bercakap.

Menurutnya, malah paras oksigen alat bantuan pernafasan datuknya sudah diturunkan dan menurut doktor air dalam paru-paru datuknya semakin kurang.

“Saya bersyukur datuk semakin sihat. Pagi ini dia diperiksa oleh doktor dan doktor kata keadaan datuk semakin pulih, datuk tidak lagi mengalami sesak nafas 

“Datuk juga sudah boleh makan tanpa menggunakan tiub, doktor kata jika keadaan datuk terus pulih, tak lama lagi datuk dibenarkan pulang,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, isteri Daud Kilau, Datin Rohani Awang, berkata, keadaan suaminya semakin baik hari ini berbanding semalam apabila sudah boleh bercakap dengan suara yang lebih jelas.

“Terima kasih pada mereka datang ziarah Datuk dan mendoakan kesihatan suami saya,” katanya.

Antara yang menziarahi penyanyi itu semalam ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrulzaman Yahya.

Rabu lalu, penyanyi berusia 84 tahun itu dikejarkan ke Hospital Teluk Intan setelah mengadu sesak nafas dan pemeriksaan mendapati Daud Kilau mengalami masalah paru-paru berair sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya