Lelaki ekori remaja 17 tahun sehingga ke rumah ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki ekori remaja 17 tahun sehingga ke rumah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan selepas mengekori seorang remaja perempuan sehingga ke rumahnya di Taman Dagang, Ampang dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.45 petang itu, mangsa berusia 17 tahun memaklumkan dia diekori suspek berusia 32 tahun dari tempat letak kereta sehingga ke rumahnya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, semasa menaiki tangga di blok rumahnya, suspek mengekori mangsa secara rapat dan cuba untuk memegang remaja berkenaan sebelum dia terus melarikan diri dengan memanggil kakaknya.

Kata beliau, tidak terhenti di situ, suspek kemudian membuat kacau di hadapan rumah mangsa dan turun ke bawah blok semula.

“Mangsa kemudian meminta bantuan tunang kakaknya yang menahan suspek sebelum menghubungi pihak polis untuk tindakan.

“Suspek kemudiannya ditahan semula di lokasi terbabit pada pukul 4.20 petang oleh pihak polis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Mohamad Farouk, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod kesalahan dadah.

“Suspek direman empat hari hingga 7 September ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN